Followers

Cinta Jarak Jauh



Cinta jarak jauh adalah satu cabang utama kepada cinta. Hubungan jarak jauh ini hendaklah dipersetujui oleh kedua-dua pihak di mana mereka berjanji akan tetap bersatu hati sungguhpun mereka berjauhan.
Semakin ramai pasangan yang mengamalkan cinta jarak jauh akibat keadaan hidup mereka yang memerlukan komitmen mereka untuk melaksanakan sesuatu tugas atau situasi geografi.
Beza hubungan jarak jauh zaman dahulu dan sekarang adalah pasangan zaman sekarang dianugerahkan kemudahan teknologi untuk berkomunikasi di antara satu sama lain sungguhpun  mereka dipisahkan beribu-ribu batu jauhnya.
Cinta memang tak kenal tempat dan waktu, di mana saja perasaan itu boleh bersemi. Kerana itu banyak kemunculan pasangan yang berbeza jarak dipisahkan, sungai, gunung, laut, sampai benua. Pasangan semacam ini memang punya halangan sendiri. Jika kepercayaan dan cinta tak terlalu kuat, hubungan boleh terputus dengan senang. 
1. Komunikasi
Zaman sekarang semuanya sudah serba mudah. Walaupun beza benua banyak alternatif komunikasi yang boleh digunakan. Selain telefon, dengan kecanggihan internet berbicara melalui chatting boleh dilakukan. Nak send gambar, sampai video semuanya serba mungkin. Apalagi kosnya juga jauh lebih murah. Tak ada lagi alasan untuk tak berkomunikasi. Ada keraguan, kecurigaan, atau perasaan lainnya, beritahu langsung pada  kekasih. Jangan memendam dan berteka teki sendiri.

2. Buat kejutan
Kejutan seringkali menjadi penyegar suatu hubungan. Untuk yang jarak jauh boleh memanfaatkan jasa pengiriman. Sesekali mengirim bunga boleh menjadi penawar rindu yang romantis. Jika memang ada waktu yang cukup untuk bercuti kejutkan dia dengan datang ke kotanya. Tapi ingat juga kesibukannya, jangan terlalu banyak menuntut waktunya. Jika memungkinkan, ketahui dulu jadualnya pada hari itu. Lawatan anda juga tak perlu lama, yang penting perasaan rindu sudah terubati.

3. Tetapkan peraturan
Untuk menghindari salah faham dan hal-hal yang tidak diinginkan sebaiknya anda menetapkan beberapa peraturan. Misalnya, berapa lama harus bertemu, apakah setiap hari mesti menelefon, adakah hari khusus dimana anda harus bertemu, serta pelbagai peraturan lain.

4. Analisis segala kemungkinan
Namanya juga hubungan jarak jauh, faktor penghalang pasti banyak menghadang. Walaupun sudah membuat perancangan anda harus selalu siap sedia untuk kemungkinan terburuk. Misalnya ketika sudah janji bertemu, kekasih anda ada meeting tiba-tiba. Atau bisa saja anda tak dapat pergi bertemunya kerana sahabat perlu teman untuk meluah setelah putus cinta.

5. Percaya dan Sabar
Ketika sudah berkomitmen untuk hubungan jarak jauh, kepercayaan pada pasangan sangat penting. Jika tak boleh percaya pada pasangan sebaiknya anda berfikir dua kali sebelum menjalani hubungan jarak jauh. Anda boleh lelah sendiri diseksa kecurigaan dan kerana tak boleh selalu mengawasi kekasih. Jika ada perasaan curiga atau gelisah, langsung ungkapkan kepadanya. Jangan dipendam sendiri dan berkembang menjadi masalah.Ingat, pertemuan dan komunikasi yang cukup sulit sebaiknya diisi dengan hal-hal yang menyenangkan supaya hubungan lebih mesra. Selalu akhiri pembicaraan dengan kata-kata yang manis.

6. Timbang baik dan buruknya
Tidak semua orang boleh menjalani hubungan jarak jauh dengan baik. Perlu banyak kesabaran dan usaha untuk melalui itu semua. Cuba pertimbangkan positif dan negatif hubungan yang tengah dijalani. Apakah anda dan pasangan bahagia? Apakah Anda lebih sering bertengkar daripada bermesraan? Apakah hubungan berubah menjadi buruk setelah kekasih pindah ke kota lain? Dan berbagai hal lainnya. Jika setelah ditimbang ternyata hal buruk lebih banyak, tak ada salahnya anda berfikir dua kali untuk melanjutkan hubungan jarak jauh. Jangan tergesa-gesa mengakhiri hubungan, bicara dulu sebaik-baiknya dengan kekasih. Beri alasan dan pandangan yang tepat. Akhirnya,  sangat baik jika anda dan pasangan boleh menemukan jalan keluar. Siapa tahu adanya perubahan malah akan membuat lebih mesra. Tapi jika tidak kenyataan pahit memang harus ditempuh. Lagipun siapa yang ingin berterus-terusan  sedih dan menderita kerana cinta.

7. Ramalan masa depan
Hubungan yang punya tujuan, pasti membuat anda dan pasangan lebih semangat menjalaninya. Jika memang sudah saatnya tak ada salahnya menguatkan komitmen. Setidaknya jangan menghindar jika membicarakan hal tersebut.  Setidaknya ada sesuatu yang diharapkan dan dituju.

♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥

0 comments:

Post a Comment