Followers

wuhuuuu....panas sungguh hari ini...



Assalamualaikum semua...

Panas kk ari ni tau...alhamdulillah..kering jugak pkaian yg aku bsuh td..hehehe...
Emm..ada hikmah gak kn..hehehe...Allah swt takkan m'berikan kita plbagai rasa m'lainkan
ada hikmah yg t'sedia d sebalik smua itu..Jadi..ingatlah jgn m'geluh krna panas hari ini..krna api neraka 
lebih panas dr apa yg kita rsa hari ini...hehehe...cehhh..b'ceramah pulak c kawan...hahahha...
Macam jugak rasa2 yg lain kn...bila hujan kita rsa sejuk..tp sebenarnya awan nk m'ringankan beban yg
ditanggung..hujan jugak m'yirami tumbuh2an besar yg kita xdpt nk siram..hehehhe..tumbuh2an jugak mau mandikan...bukan manusia jak...hehehhe...haiwan n kereta jugak mandi...hehehehe...
Apalah yg rynn merepek nie..???hehehe...nti malam rynn update lagi...(^_^)V...peace no war...

♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥

Allah swt...

Bacalah sehingga habis..

ALLAH,
Bila Rynn baca email ni, Rynn b'fikir Rynn tidak ada masa untuk ini..
Kemudian Rynn tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yg sebenarnya
menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini..
Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari JUMAAT..
Mungkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit..
Dan sudah pasti waktu ada KEMATIAN..
Walaubagaimanapun..kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain..
Kerana..kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri
tanpa bergantung pada-Nya..
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka..
Bahawa nun jauh di sana masih ada tempat dan waktu di mana ALLAH bukanlah
yang paling utama dalam hidup ku..(Nauzubillah)
Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita..
DIA telah memberikan segala2nya kepada kita sebelum kita meminta..



RENUNGKANLAH...
Seandainya ANDA BENAR2 MENGHAYATI..
YA AKU CINTA ALLAH..
DIA adalah sumber kewujudan ku dan Penyelamatku..
DIA lah yang m'gerakkan ku setiap detik dan hari.
Tanpa-Nya aku adalah HAMPAS yang tidak berguna..
Ini adalah ujian mudah..
Kalau anda benar2 menyintai Allah dan tidak berasa malu akan segala
kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu..

Susah vs Senang..
Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita SEGAR kembali?
Kenapa mudah sekali membuang email agama tetapi kita bangga mem"forward"kan email yg tak senonoh?
Hadiah yang paling istimewa yang pernah kita terima..
SOLAT adalah yang terbaik..
Tidak perlu bayaran, tetapi ganjaran lumayan..

Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK BERIMAN PADA ALLAH
setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka..
Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN..(who, by the way, also "believes" in ALLAH)
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal..tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?
Tidakkan melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samada mereka suka atau tidak??
Tidakkan melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada anda lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda..
Aku berDOA..untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan agar mereka dirahmati ALLAH.


♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥

Dara..

Salam Semua...

Maaf pasal tajuk entri kali ni kalau2 ada yang terasa..Rynn cuma nk b'kongsi pengetahuan bukan untuk m'aibkan mana2 pihak.Entri kali ni jugak sekadar peringatan untuk diri Rynn sendiri..Jadi..Rynn ingin mohon maaf dulu untuk entri sensitif kali nie...

Dara...amat penting bagi mana2 perempuan yg belum b'kahwin untk m'jaganya & pertahankannya untk bakal suami mereka.Bagi masyarakat, dara itu lambang kesucian bg sorg perempuan yg harus dijaga dgn baik.
Macam mana terjadinya hilang dara @ selaput dara pecah?
~Selaput dara hanya akn pecah apabila b'lakunya hubungan seksual secara rela atau paksaan (perkosa), rawatan perubatan yg dilakukan pd liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang m'pengaruhi alat kelamin perempuan.

Kesannya??
~Bagi perempuan yg hilang dara kerana rela n diketahui umum..masyarakat akn m'mandang serong terhadap mereka.Walaupun mrka kurang perasaan atau buat2 xperasaan...(emm....ntahla..)
~Sebaliknya pula bg perempuan yg hilang dara tanpa rela.Andai hal itu diketahui umum dan masyarakat tetap m'mandang serong t'hadapnya, ini akan m'yebabkan perempuan ini hilang keyakinan diri dan malu utk b'hdapan dgn orang.Hal ini jga akn m'yebabkan perempuan ini sntiasa murung.Pemikirannya pula akn sntiasa negatif..dalam erti kata lain merasa diri kotor dan rosak.Bagi perempuan yg hilang dara tanpa rela haruslah dibimbing agar tidak m'lakukan hal yg m'mudaratkan dirinya sndiri..krna tnpa bimbingan mrka akn terus hanyut sekiranya iman di dada tidak kuat.

Sekiranya perempuan yg hilang dara krna dipaksa, masih adakah lelaki yg ikhlas n ingin merima mereka dengan ikhlas??Adakalanya sstgah perempuan yg hilang dara krna dipaksa akn b'fikiran bgni...jadi, Rynn adalah mnta pendapat dr bbrapa org kwn lelaki Rynn.Ini soalan yg rynn ajukan n jwpan yg rynn dpt dr mereka....

Soalan Rynn...
1. Apa pendapat korg tntang dara bg perempuan??
2. Pentingkah dara bg llaki pada masa kini klu nk cri bakal isteri??
3. Apa pendapat korg klu perempuan tu hilang dara krna dipaksa n bukan secara rela??
4. Klu korg la, masih nk terima ka perempuan tu??

Bagi Elo.M (bukan nama sebenar)..hehehe

1. Ia amat pnting bg gurl jg dara tp zaman skrg ni cuma ada 2 org je yg masih dara dr 10 org gurl.
2. Bg aku pula xpenting sngt yg penting keikhlasan n honesty dr gurl utk terima aku seadanya.
3. Bg aku e2 sudah k'tentuan Ilahi n kena la gurl tu teruskan kehidupan krna stiap p'kara yg b'laku psti ada
    hikmah disebaliknya.
4. Mcm aku ckap td aku cuma pentingkan keikhlasan n honesty dr gurl tu utk terima aku seadanya.

Bagi Gun (bukan nama sebenar)..hehehhe
2. Mana2 lelaki pn akan cri isteri yg ma c punya dara.
3. Klu diperkosa, itu bkn salah dia.Allah swt maha mengetahui semua itu.

Bagi Musafir (bukan nama sebenar)..hehhe
1. Dara adalah kesucian yg ada pd wanita yg harus dijaga.
2. Tidak...yg di cari bkn dara tapi yg dicari kebahagiaan dlm rumahtangga.Meskipun ma c dara namun jika
    kebahagiaan tidak ada..hanya sia2.Mencari isteri bkn m'cari dara..yg dicari adalh bgimana m'jalani hidup
    sbg pasangan suami isteri yg mengerti dan memahami satu sama lain.
3. Menurut aku m'cintai ssorg bkn dilihat dr kisah hidupnya.Jika benar2 m'cintai ssorg semua itu bkn ukuran
    dan bkn alasan.Cinta tak perlu alasan.
4. Kalau aku, aku tak prnah melihat masa lalunya yg kulihat bagaimana ia tulus m'cintai ku krna stiap org
    punya masa lalu n kenangan n tidak ada manusia yg smpurna di dunia ini.

Bagi Min L (bukan nama sebenar)..hehehhe
~yang aku cari adalah cinta sejati n bukan dara sorg gadis.Aku hanya ingin disayangi dgn jujur dan ikhlas.Apa
  gunanya dara klu hati bkn spenuhnya milikku.Tak semestinya yg dara itu baik n yg hilang dara itu xbaik.Bg
  aku yg pnting dikasihi dgn tulus  ikhlas.

Bagi Zack (bukan nama sebenar)..hehehe
1. Itu adalh lambang kesucian bg ssorg wanita utk dihadiahkan kpd suaminya bila malam pertama.
2. Bg sstgah llaki adalah sgt2 pnting..yalah msti dorg nk jd org p'tama  yg m'yentuh isterinya.
3. Nie tak bleh salahkan pmpuan tu sbb bkn kehendaknya nk jd macam tu.
4. Tak da org yg xlari dr m'buat kesilapan.

Bagi Abg R (bukan nama sebenar)...
~kalau itu jodoh terimalah ia dengan hati terbuka..terima dia apa adanya atau siapa dia skrg.Bkn kerana
  masa lalunya cuma mmg bnyk llaki m'anggap soal itu penting tp xsemuanya mcm tu.

Bagi Abg H (bukan nama sebenar)..hehe
~Bagi abg semua org prnah m'lakukan kesilapan.So hal macam tu tak berapa pnting dah yg pnting btul2
  ikhlas.

Bagi Maflus (bukan nama sebenar)..hehehe
1. Sbg llaki dah tentu nk cri pmpuan yg t'baik dr segi luaran n dalaman.Tak semestinya luaran baik tp di dalam
    nya buruk.
2.Pntingnya dara tu bg pmpuan tu nk buktikan yg dirinya t'hindar dr perilaku x elok dan satu-satunya mahkota
   dia utk llaki yg boleh m'bimbing dunia akhirat.
3. Kalau kes mcm diperkosa, sbg llaki ada b'mcm2 anggapan yg akn timbul.Tapi bg ssorg makhluk yg
    dikurniakan akal fikiran, b'fikir scra rasional & bukan emosi..
4. Pd aku klu btul perkara tu t'jd, anggap la itu satu ketetapan dr Ilahi.Manusia dah m'rncang sglanya ttapi
    Allah yg m'nentukan.Mesti ada hikmah sebalik kejadian itu.Tapi, nasihat aku cuba tanamkan pemikiran
    positif.

Bagi Rizd (bukan nama sebenar)
~Bagi aku xpnting semua tu.Jika benar2 ikhlas napa nk fkir smua tu.Kalau benar2 sayang napa semua tu bleh
  jadi penghalang.Semua tu dah b'lalu..semua llaki tak sama.Orang yg dah jadi janda pun..ada anak pun llaki
  bleh terima.Ada fkir tntang dara??Semua tu jodoh dr Allah swt.

Bagi M (bukan nama sebenar)..hehhe
~Dara pnting bg llaki.Lebih2 lg nk cri bakal isteri.Bleh di terima klu dara hilang sbb diperkosa n dia tak lagi
  disentuh selepas itu.Jangan dia makin liar dah la.

Bagi Mohd (bukan nama sebenar)..hehehehe
1. Dara itu kesucian yg dipertahankan.Bukan anak dara kerana muda..Dara itu akan diberikan kpd org yg
    dikasihinya iaitu suaminya.Kalau dah x dara, kebanyakan pmpuan x sudah m'pertahankannya.
2. Sangat penting.Bagi llaki yg ingin memastikan dara tersebut blum t'sntuh namun bkn smua llaki sama.
    Klu cinta ko tau lah..janda pun ok jgak tu..kalau janda bkn dara lg kn??btul x??
3. Kalau diperkosa tanpa kerelaan batinnya dan zahirnya...pastinya perempuan tu trauma.Tp tu smua dugaan
    dr Allah.Jodoh dah ditentukan oleh-Nya.
4. Bg aku..mula2 mmg sukar juga rasanya. Namun, klau pmpuan tu berikan chaya n sinar harapan yg
    m'yakinkan, apa salahnya dia juga manusia.Setuju tak cara aku ni..?Kita kna matang..ada juga llaki x
    matang..bgtu jga pmpuan.So, kita hnya m'cuba n x salah m'cuba.Selebihnya b'serah n jgn salahkan
    sesiapa.Hidup mesti diteruskan..


Emm...begitulah komen mrka..Rynn mnta maaf andai t'kasar bahasa sikit..Rynn cuma ingin b'kongsi pandangan.



♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥

SeKaDaR ReNuNgAn BeRsAmA...

Nasihat Rasulullah SAW Kepada Wanita..




Rasulullah saw telah bersabda bahawa kebanyakan wanita itu adalah 
isi neraka dan kayu apinya.
Apabila ditanya oleh Saidatina Aisyah baginda memberikan penjelasannya.
Berikut digariskan sebab-sebabnya:

>Kerana ramai wanita tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, 
kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, 
mendidik anak, melayani suami serta melakukan kerja rumah.

>Tiada memuji atas rahmat Allah swt yang didatangkan melalui 
suaminya.Tidak berterima kasih pada pemberian suami.

>Sering mengkhufuri nikmat Allah swt.Contohnya bila berlaku
sesuatu pertengkaran isteri selalu membangkit-bangkitkan
kesalannya bersama suaminya.

>Gemar bercakap perkara sia-sia dan berdosa seperti 
mengumpat dan mengeji.

>Kurang akal dan ilmu pengetahuan agama, sering tertipu
atau tergoda oleh pujuk rayu lelaki, rakan, sekelilingnya
serta kemewahan zahiriah.

Oleh itu..kepada wanita2 di luar sana..banyakkan bersabar dalam menghadapi setiap dugaan.Bersyukur dengan apa yg ada..

♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥

Salam Maulidur Rasul





Hari ini 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 adalah hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dikasihi. Sempena hari kebesaran kekasih ALLAH SWT,  marilah kita sama-sama berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW. Tidak perlu mengadakan majlis makan ataupun secara ramai-ramai, malahan kita juga boleh berselawat setiap masa dalam pelbagai cara, malahan bukan hari ini sahaja tetapi juga hari lain. Sempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dan telah diwartakan sebagai cuti umum dalam kalendar tahunan negara, jadi hari cuti ini marilah kita merenung & membaca kembali kisah perjuangan Rasulullah SAW sebagai mengenang jasa baginda dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia.


♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥

Emmm..kena tag ni..hehehe



Sila jawab soalan soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu
>>main cityville..

2. 2 jam yang lalu?
>>main it girl n chat..

3. Anda suka
>>suka menulis..

4. Minggu lepas
>>minggu yg best la jgak..

5. Tiga lagu yang anda boleh dengar berulang ulang kali
>> Eren-Takkan Pisah
>>Dadali-Disaat aku mencintaimu
>>Wali-Tuhan

6. Tiga binatang yang anda tidak suka.
>>semut,nyamuk n lipas

7. Lima fakta tentang anda
>>syg sgt2 ngn family aku..
>>Lum ada keja lg..hehe
>>Suka hamster...
>>mudah amik hati
>>syg kt hp aku..(nokia 6120c)heheheh

8. Tahun depan mungkin
>>mgkin dah b'kerjaya..heheh

9. Saya tidak reti
>>make up muka sndiri..

10. Saya pandai
>>menjahit manik kt baju kurung..hehehe

11. Kawan saya
>>semua best2 n syg sgt2 kt dorg..

12. Saya ada
>>hamster yg cute gilerr...hehe

13. Saya seorang
>>yg penuh dgn kasih sayang..heheh

14. Adik saya
>>ada 5 org..3 pmpuan n dua llaki..

15. Saya tidak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
>>hidup aku
>>hamster ku.. 
>>family n kwn2
>>m'nanti cinta dr insan yg d sayangi.hehehe

16. Bilakah pertama kali anda bercinta
>>msa form 2..hehehehe...

17. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda.
>>sya da 25 n org xp'cya aku bangsa brunei..hehehe

18. Saya rindu
>>Allah,Nabi Muhammad saw,family

19. Saya tak sabar
>>nk keja..

20. Lima laman yang anda selalu layari
>>Facebook
>>Yahoo
>>Blog Aku Mengintai Langit
>>Google
>>SPA


Rynn da jawab semua soalan di atas..
hehehhee

♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥

KiTa SeBeNaR...

KiTa SeBeNaRNyA...
Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat..


KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan..




KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka menyebut hello atau hai daripada Assalamuallaikum..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid..

KiTa SeBeNaRNyA..

Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka mencarut, @#!@*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

TeTaPI..bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka..
Tetapi layakkah kita dengan Syurga milik Allah swt ?!

p/s
"Yang sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.Barangsiapa, mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."

                                                                                                (Surah Al-Mu'min)





♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥