Followers

6 Tips Elak Tekanan & Ceriakan Hidup...!




1.Biarkan sesuatu itu berlalu!
Contohnya hubungan dengan pasangan.Jika hubungan telah diputuskan maka terimalah dan teruskan kehidupan baru kamu.Ingatlah kamu telah mampu hidup dengan baik sebelum kehadirannya.



2.Bersikap positif terhadap sesuatu yang dihadapi.
Contohnya remaja yang berhadapan masalah ibu bapa bercerai berai perlu menerima ia sebagai takdir dan mengambil peluang tersebut untuk menjadi seseorang yang mampu berdikari (kurang bergantung kepada ibu bapa) serta mempunyai daya juang yang tinggi (disebabkan mungkin beberapa tanggungjawab keluarga yang perlu dipikul).Dengan itu, kamu akan menjadi cepat matang.


3. Banyakkan bersabar.


4. Terima sesuatu yang diluar kawalan kamu seperti tindakan seseorang yang tidak berminat menjalinkan hubungan (persahabatan atau percintaan) dengan kamu.


5. Jangan berkurung di dalam bilik.Bergaul dan berinteraksilah secara positif.


6. Baca, tonton, dengar dan bercakap berkenaan bahan yang melucukan kamu.Juga berkawan dengan individu yang ceria kerana emosi mudah berpindah.

♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥

1 comment:

  1. Rynn pn prnh stress..dah ok..cma perlu kluarga n teman utk slalu ada utk kita..
    Jika perlu teman,rynn sudi utk m'jd teman..

    ReplyDelete