Followers

KiTa SeBeNaR...

KiTa SeBeNaRNyA...
Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat..


KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan..




KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka menyebut hello atau hai daripada Assalamuallaikum..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid..

KiTa SeBeNaRNyA..

Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka mencarut, @#!@*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

TeTaPI..bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab..

KiTa SeBeNaRNyA..
Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka..
Tetapi layakkah kita dengan Syurga milik Allah swt ?!

p/s
"Yang sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.Barangsiapa, mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."

                                                                                                (Surah Al-Mu'min)





♥ Terima kasih sudi baca! Jom komen plak.. ♥

0 comments:

Post a Comment